- Bukak Buku Log intern dengan bersungguh-sungguh.
- Memikirkan ape nak tulis kat buku log ni sebagai catatan aktiviti mingguan selain daripada bantai tido di surau dan melihat jam dinding di office.
- OMG! takde!
- Tutop balik Buku Log intern dengan kecewa.
Labels: intern

Stylo giler pendrive ni daripada pendrive korang yang simple2 tu. Ni boleh transform2 cot cot cot cot cot jadi robot. Cot cot cot cot cot jadik pendrive balik. Tapi kalo dah cucuk kat pc same je sebenarnya.
Name Transformers ni Ravage, watak die ade dalam movie Revenge Of The Fallen aritu. Tapi kalo ade model yang famous sket mcm Optimus Prime ke, Megatron ke, Starscream ke, baru best orang nak beli. Ini anjing/musang/serigala aku pon taktau. Tapi tetap cool gak la =)
Source : OhGizmo.com
Labels: news
1/Dapat knowledge
-X yah elaborate, mmg tambah knowledge la dari brother2 yang dah senior nak pencen dah. Tapi sebab aku dengar nak tak nak je, knowledge dapat pon tak banyak mane.
2/Dapat saving
-saving giler, duit aku kluarkan dalam sehari time aku nak lunch je. Sarapan slalu staff2 situ belanje. Nak dibandingkan duit belanja nak idop kat MMU, boleh save beli sebijik peti ais baru.
3/Dapat dosa
-Semase kelapangan, aku kitorang akan mengumpat sesiapa sahaja yang di ingatan. Perkara ini memang tak dapat dielakkan. List orang dingumpat termasok la S___, D___ dan staff2 di situ.
4/Dapat lemak free
-Semase intern di shah alam, selain daripada follow staff keluar buat docket, tiada aktiviti lain yang dilakukan slain tido di surau, duduk atas kerusi dan melihat jam dinding. Bersukan pon dah kurang, malah makanan yang dimakan tidak dikurangkan.
Tempoh intern-graf menunjukkan tempoh intern berkadar terus ngan lemak terhasil di perut. Semakin lame intern, semakin boroi lah aku
| x
| x
| x
| x
|_______________
lemak terhasil di perut
5/Dapat makan asap free
-untuk mengelakkan mengaibkan orang. Dapat makan asap free tak dapat diterangkan
6/Dapat round2
-sebenarnya shah alam ni besar gak, kadang2 follow staff buat keje pon leh tau shortcut baru. Pusing roundabout 3 kali dah sampai ibusawat lain.
7/Dapat menguruskan masa dengan baik
-misal kate balik pukol 5:30pm. 5:20pm aku dah dpan mesin punch card. Kalo kelapangan boleh panaskan enjin kete dulu.
8/Dapat lain2
-contohnya, dapat penat. dapat kenalan baru, dapat keseronokan. dapat stress(wakakaka) dan lain2
Labels: intern
Cibei nyer Ronaldo, penat aku beli tiket ManU, die pergi blah Real Madrid.
Aku bukan nya peminat ManU, tapi hajat nak tgk Ronaldo ayam2kan pemain Malaysia.
Takde Ronaldo mmg Malaysia menang besar la.
Oleh itu, sape mau beli tiket ManU lawan Malaysia RM98 boleh contact aku. Tapi tak kesah pon takde orang beli, leh tgk Wayne Rooney lak ayam2kan pemain Malaysia.
Labels: bola
Basically, minggu ni smua memang kene follow technician pegi buat kerja. Biase kalo ade masalah orang panggil problem, ini TM panggil docket. Jgn tanye aku kenape, aku tampo laju2 kang. Week ni follow Mr.Letchu, ngan En.Shahran pegi ke Kota Kemuning, Seksyen 13. Slamat la kluar gak dari building tu, kalo bilik fiber tu mmg aku dah muak dah masok. Week dpan follow En.Anuar lak buat DSlam. Woh baru satu minggu, punch card dah 1 merah. Alamak
Labels: intern
Ha lu jangan main2, ini Mr. Letchu. Dia otai fiber cable. Lu tanye je pasal projek2 fiber ni die leh jawab sambil tibai lu. Hari ni die ajar kitorang splicing gelak2 je. Alat2 yang berharga satu kete kancil rileks sahaja gua dan member2 intern lain main2. Ada lagik satu otai, tapi takde gambar. Ha nanti gua update
p/s=dem tol member2 intern kat tempat lain goyang2 kaki lagik

Penat nak mampos, baru hari ni official aku kemas barang2 yang aku bawak balik dari MMU. Dah seminggu lebeh dah sampai Shah Alam, baru tadi kemas. Dah lar takleh simpan barang kat store sebab sem depan aku tak dok hostel. Sem 2 nanti nak dok mane takyah pk dulu, itu nanti boleh setel kemudian.
Barang in memories, lampu blaja. Rest in peace. Patah akibat terlalu kuat sgt study. =p
Labels: mylife
Babai MMU untuk beberapa bulan. Gua praktikal dkat area rumah je. Mintak Shah Alam, tapi TM letak kat Klang. Apeleh wat, ikot jer la. Nak memberontak kang tak pasal2 kene tarik scholarship.
Bohsan lar plak tak dapat bukak cybertracker,
Stok drama jepon dah abeh ni, nak download kat umah pon malas sebab slow.
Bohsan la plak takde orang forward2 ym pasal dota.
-1, come2Tapi yang bestnyer,
makan free kat umah.
Leh main2 ngan anak buah puas2.
Lepak mamak malam2 ngan geng2 dota shah alam.
Lepak ngan member2 lame shah alam, futsal
Tapi dem, time aku cuti nak tgk bola, EPL dah abeh season lak. Kene tunggu bape bulan lagi. Skrg ni kene lar layan ape citer mak aku layan. ceh
Wohhhh lagi seminggu nak start intern, nak lepak puas2




