- Bukak Buku Log intern dengan bersungguh-sungguh dimulakan dgn Bismillah
- Memikirkan ape nak tulis kat buku log ni sebagai catatan aktiviti mingguan selain daripada bantai tidur di surau dan melihat jam dinding di office.
- OMG! takde!
- Tutop balik Buku Log intern dengan kecewa.
LABELS: intern
1/Dapat knowledge
-Tak payah elaborate, mmg banyak ilmu dapat brother-brother yang dah senior nak pencen dah. Tapi sebab aku dengar nak tak nak je, knowledge dapat pon tak banyak mane.
2/Dapat saving
- Saving giler, duit aku kluarkan dalam sehari time aku nak lunch je. Sarapan slalu staff-staff situ belanja. Nak dibandingkan duit belanja nak idop kat MMU, boleh save beli sebijik peti ais baru.
3/Dapat dosa
-Semase kelapangan, aku kitorang akan mengumpat sesiapa sahaja yang di ingatan. Perkara ini memang tak dapat dielakkan. List orang dingumpat termasok la S___, D___ dan staff2 di situ.
4/Dapat lemak free
-Semase intern di shah alam, selain daripada follow staff keluar buat docket, tiada aktiviti lain yang dilakukan slain tido di surau, duduk atas kerusi dan melihat jam dinding. Bersukan pon dah kurang, malah makanan yang dimakan tidak dikurangkan.
Tempoh intern-graf menunjukkan tempoh intern berkadar terus ngan lemak terhasil di perut. Semakin lame intern, semakin boroi lah aku
| x
| x
| x
| x
|_______________
lemak terhasil di perut
5/Dapat makan asap free
-untuk mengelakkan mengaibkan orang. Dapat makan asap free tak dapat diterangkan
6/Dapat round2
-sebenarnya shah alam ni besar gak, kadang2 follow staff buat keje pon leh tau shortcut baru. Pusing roundabout 3 kali dah sampai ibusawat lain.
7/Dapat menguruskan masa dengan baik
-misal kate balik pukol 5:30pm. 5:20pm aku dah dpan mesin punch card. Kalo kelapangan boleh panaskan enjin kete dulu.
8/Dapat lain2
-contohnya, dapat penat. dapat kenalan baru, dapat keseronokan. dapat stress (wakakaka) dan lain2
LABELS: intern
Basically, minggu ni smua memang kene follow technician pegi buat kerja. Biase kalo ade masalah orang panggil problem, ini TM panggil docket. Jgn tanye aku kenape, aku tampo laju2 kang. Week ni follow Mr.Letchu, ngan En.Shahran pegi ke Kota Kemuning, Seksyen 13. Slamat la kluar gak dari building tu, kalo bilik fiber tu mmg aku dah muak dah masok. Week dpan follow En.Anuar lak buat DSlam. Woh baru satu minggu, punch card dah 1 merah. Alamak
LABELS: intern
Ha lu jangan main2, ini Mr. Letchu. Dia otai fiber cable. Lu tanye je pasal projek2 fiber ni die leh jawab sambil tibai lu. Hari ni die ajar kitorang splicing gelak2 je. Alat2 yang berharga satu kete kancil rileks sahaja gua dan member2 intern lain main2. Ada lagik satu otai, tapi takde gambar. Ha nanti gua update
p/s=dem tol member2 intern kat tempat lain goyang2 kaki lagik



